“Aku lambat masak sikit pun kakak ipar dan mak mentua dah siap perli tak pandai jaga suami”

Oleh MAISARAH AISYA

Ada sebab mengapa pasangan yang baru berkahwin tidak selesa tinggal serumah dengan mentua, mungkin kerana mahu mempelajari hidup berdua.

Tapi dengan keadaan ekonomi sekarang, maka faham jika terpaksa tinggal bersama ibu bapa pasangan.

Seorang wanita tidak menyangka sikap ibu mentua berubah sepenuhnya lepas dia bernikah dengan suami.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Suami saya ni rupanya anak mak, selama ini saya tak tahu lepas kahwin baru terbongkar. Lima bulan duduk dengan mentua memang banyak makan hati.

Hujung minggu masa suami cuti sahaja saya balik rumah mak. Saya dengan suami hanya jiran kampung sahaja.

Usia perkahwinan lima bulan ni pun dah rasa macam 50 tahun. Dengan suami yang sejenis kayu tak ada sifat romantis. Namun hal itu saya tak nak sentuh.

Berbalik pada kisah saya tadi, saya rasa macam orang asing di rumah mentua.

Mentua saya ni agak pembersih, kuali-kuali di rmahnya semua bersih. Pantat kuali tu fuhhh boleh tengok muka sndri.. Walaupun benda dah beli lima ke enam tahun.

Apa sahaja yang saya buat semua tak kena di mata mentua. Bab suami pula, mentua cukup pantang kalau terlambat hidangkan makanan untuk anak kesayangan.

Baru je nak pergi buat lauk lebih, goreng pisang mesti dah dengar omelan kakak ipar dan mak mentua konon saya tak pandai nak jaga perut suami.

Bila suami balik kerja, mak dia laju-laju belikan pisang goreng. Macam nak berlumba dengan aku pula.

Saya tahulah tanggungjawab sebagai isteri, makanan baju semua saya siapkan, tempat tidur sentiasa kemas, rambut suami pun saya basuhkan.

Kira cukup sempurna saya jaga suami sebab tengok pengalaman kaka dan abang kahwin sebelum ini.

Tapi bila masuk keluarga mentua, saya dipinggirkan. Waktu bertunang saya bersyukur dapat mentua baik tapi lepas kahwin mula tunjuk belang.

Kalau mengadu dekat suami pun tak berguna maka saya banyak pilih diamkan diri daripada meluah.

Baca juga: “Aku menyesal curang, bekas kekasih siap tunjuk video kami bersama dekat isteri, mata dia jelas kecewa”