“Aku tidur dengan teman lelaki sampai mengandung, bila ajak kahwin dia tolak, rupanya dia suami orang”

Oleh MAISARAH AISYA

Memang benar ramai yang berjumpa jodoh dalam aplikasi ‘dating’ atas talian namun banyak juga menggunakan ia unuk penuhi nafsu semata.

Walau sesayang mana sekalipun kita terhadap seseorang, jangan pernah beri tubuh selagi belum halal hubungan.

Seorang janda anak lima, Marlia (bukan nama sebenar) tak menyangka kisah cinta bersama lelaki lapan tahun lebih mudah akhirnya bawa padah.

Saya Marlia, berumur 35 tahun dan status ibu tunggal. Saya telah bercerai selama 5 tahun dan anak-anak tinggal bersama bekas suami.

Selama lima tahun saya bercerai tidak pernah merasa untuk mencari pengganti kerana saya rasa saya sudah ada kerjaya, kereta dan rumah. Ada anak-anak walaupun jauh dimata.

Sehinggalah terdetik untuk muat turun aplikasi ‘dating’ memandangkan usia semakin meningkat dan saya memerlukan teman sehidup semati.

Baca Artikel Penuh