Aleeya Zailan jawab soalan netizen ‘tak kisah ke kalau staff order lobster’?

Oleh KIM SYAZIE

Usahawan produk kecantikan, Aleeya Zailan menuai pujian ramai selepas dia dan suami yang dikenali sebagai big boss membawa para pekerjanya untuk menikmati hidangan mewah.

Ketika membuat siaran langsung sambil menikmati hidangan, salah seorang pengikut bertanya adakah pasangan suami isteri itu tidak kisah jika pekerjanya memesan hidangan ‘lobster’.

Aleeya kemudian tampil menjawab bahawa dia memang tidak kisah jika pekerjanya mahu memesan apa sahaja termasuk hidangan yang lebih mahal darinya.

“Kalau pekerja pesan lobster you okay tak big boss? Okay je tak ada masalah. Dia orang pun tengah makan lobster ni haa.

“Nak kisah pasal apa, (buat apa) berkira. Kita orang kalau order, saya makan ‘steak angus’ tetapi staf makan daging wagyu.

“Kalau tak nak bagi dia orang pesan lobster, jangan bawa datang ke sini. Bagi orang tengok je buat apa? Jahat. Pesan je lah. Makan,” balas Aleeya yang turut dipersetujui big boss.

Di kapsyen video pula, Aleeya berkata dia sebagai majikan tidak memilih bulu atau pilih kasih dengan pekerja-pekerjanya.

Sementara itu di ruangan komen, ramai yang memberikan respon positif selain menyatakan bahawa Aleeya memang terkenal dengan sikap berkongsi kerana di rumah sahaja, dia memasak untuk semua orang termasuk pembantu rumah mereka.

Baca juga: Kes Zara Qairina: Beri sedikit masa kepada PDRM selesaikan kerjanya