Aliff Syukri cantas rekod jualan terpantas Khairul Aming, berjaya raih RM1 juta dalam masa 2 minit

Oleh KIM SYAZIE

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berjaya memecahkan rekod jualan terpantas yang dipegang pempengaruh terkenal, Khairul Aming di TikTok.

Ia selepas beliau berjaya meraih jualan sebanyak RM1 juta melalui sesi penstriman langsung TikTok malam tadi hanya dalam tempoh 2 minit 32 saat.

Pencapaian itu sekaligus melayakkan kejayaan Aliff dimasukkan dalam Malaysia Book Of Records bagi kategori jualan terpantas menerusi TikTok Live.

Sebelum ini Khairul Aming memegang rekod jualan terpantas RM1 juta dalam tempoh 3 minit 39 saat bagi jualan Dendeng Nyet Berapi pada Februari lalu.

Menurut Aliff, jumlah jualan sebenar yang direkodkan sepanjang siaran langsung tersebut mencecah lebih RM1.5 juta sekali gus membuktikan kekuatan jenamanya masih mendapat tempat di hati pengguna tempatan.

Difahamkan, produk yang dijual pada malam berkenaan adalah beg tangan denim edisi khas berharga RM79.90 setiap satu.

Baca juga: Sewa kondo RM2.9K sebulan, doktor kerajaan mengeluh tak cukup duit