Usahawan berpengaruh Datuk Seri Aliff Syukri menarik perhatian netizen apabila menjual batu di platform tiktoknya secara live.
Lebih menarik perhatian, batu yang dijualnya secara live itu ‘sold out’ tidak lama selepas itu.
Ini membuktikan kepercayaan orang ramai terhadap apa sahaja yang dijual oleh usahawan itu.
Dalam live tersebut, isterinya Datin Seri Shahida terkejut melihat suaminya yang menjual batu.
“Ya allah kau betul-betul tak ada kerja kan? Batu pun jual…ada orang beli ke??.” , sampuk isterinya.
“Ini bukan sebarang batu..ini untuk halau penyondol..halau perompak..”
“dengan nama allah sayang..kita sold Out!!” , tambah Aliff Syukri
“Batu pun dia jual habis..rumah korang tak ada batu ke?”, kata isterinya.
@shahidadherbs2 dah kenapa ek?? @Aliff Syukri Kamarzaman ♬ bunyi asal – Nur Shahida Mohd Rashid
Di ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan gelagat usahawan itu di live jual batu.
“Wife saya menyesal beli 2 biji jer. Tak cukup katanya”, komen Dusun Cikgu Mail
“Terima kasih dato ajar orang melayu cara buat duit. Terbaik!”, tambah Yapeter.
“Disebabkan dia bayar zakat, dato jual benda mengarut pun kita kasi beli!”, komen Muhdasri.