Anak sulung kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan dibayar mencecah RM10,000 untuk empat tawaran melakukan ulasan berbayar atau ‘paid review’ di akaun media sosial miliknya,
Perkara itu didedahkan sendiri oleh usahawan berkenaan ketika tampil bersama dua anaknya iaitu Ammar dan Qadejah dalam satu sesi siaran langsung di platform TikTok untuk menjual produk keluarannya.
Dalam siaran langsung tersebut, pemilik nama sebenar Aliff Syukri Kamarzaman itu dilihat memberi bimbingan kepada anaknya untuk membuat ‘kerja’ ulasan berbayar sebelum memulakan sesi meniaga secara atas talian.
Aliff juga tampak bangga dengan pencapaian anaknya sebelum memaklumkan bahawa itu adalah kali pertama Ammar menerima tawaran namun sudah dibayar dalam amaun yang cukup lumayan.
“Kita buat kerja ulasan berbayar dahulu ya. Ammar dapat tawaran. Ini adalah tawaran yang pertama anak saya dapat. Alhamdulillah. Papa promosikan Ammayan (nama timangan anaknya), dapat tawaran.
“Dia dapat bayaran untuk empat tawaran hampir cecah RM10,000,” kata Aliff Syukri dalam siaran langsung itu sambil membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada anaknya untuk melakukan pekerjaan tersebut.
Sesi siaran langsung yang memaparkan Ammar sedang mempromosikan produk makanan segera itu sempat dirakam oleh penonton sebelum video berdurasi empat minit tersebut dimuat naik semula di platform TikTok.
Tinjauan di ruangan komen perkongsian itu mendapati rata-rata pengguna terhibur melihat Ammar yang terus mempromosikan produk tersebut tanpa menghiraukan langsung keadaan sekeliling.
Hal ini kerana ketika kejadian, bapanya kelihatan sedang bergaduh dengan adiknya iaitu Qadejah El Zahra yang didakwa netizen sebagai sebahagian daripada strategi usahawan berkenaan untuk mempromosikan produk.
Baca juga: 5 filem tempatan paling sendu walau ditayang di pawagam, ada yang kutip RM7k sahaja