Anak muak dengan perangai bapa pemboros, gaji RM13k tak cukup sampai duit ibu pula kena ‘pau’

Oleh KIM SYAZIE

Seorang anak meluahkan rasa sedih dan kecewa terhadap sikap bapanya yang dikatakan memiliki pendapatan besar tetapi selalu berhabis tidak tahu ke mana.

Kata individu yang merahsiakan identitinya, bapanya yang bergaji RM13,000 sebulan selalu tidak mempunyai cukup wang kerana banyak membuat hutang peribadi dan melabur di tempat yang salah sehingga pernah kerugian beratus ribu ringgit.

Kongsinya, ketika bapanya mencapai umur 50 tahun, duit KWSP dari Akaun 2 sudah dikeluarkan dan dia tidak tahu ke mana duit itu pergi.

Apa yang diketahuinya, pada waktu itu bapanya ada membuat pinjaman perumahan sebanyak RM200,00.

Namun ia tidak berjalan dengan baik apabila kontraktor perumahan menuntut baki bayaran sebanyak RM80,000 yang akhirnya terpaksa dilunaskan oleh ibunya pula.

Ketika usia bapanya 55 tahun pula, separuh duit KWSP daripada Akaun 1 dilaburkan dalam sebuah koperasi sebanyak RM200,000. Hasilnya koperasi itu gagal dan duit dilabur pula lesap begitu sahaja.

“Tapi dia masih tak serik, masih nak buat hutang baru. Baru ni dia hantar permohonan pinjaman untuk kereta Axia pula padahal tahun depan nak pencen dah.

“Saya dan mak saya dah marah kenapa nak buat hutang lagi tapi dia tetap degil. Dia kononnya nak bagi Axia tu pada adik saya yang tengah STPM tahun ni.

“Hari ni yang saya dah tak tahan bila mak saya mengadu duit ayah saya pada 4hb dah licin. Duk mintak duit dengan mak saya lagi,” luahnya.

Apa yang membuatkan dia tidak berpuas hati, ayahnya mempunyai tiga unit kedai sewa dan mempunyai hasil sebanyak RM1,500 dari ketiga-tiga kedai itu.

Katanya, dia sangat sedih dan tertekan kerana ayahnya langsung tidak mendengar nasihat ahli keluarga, bahkan lebih mempercayai rakan-rakannya di luar.

“Dari saya kecil sampai lah saya dah kerja, duit dia tak pernah cukup. Masa saya sekolah selalu mak saya mengadu kad bank hilang rupanya ayah saya yang songlap.

“Bab meniaga tak pernah berjaya. Dia pernah buat pinjaman peribadi RM200K untuk buka kedai makanan binatang, tapi sekejap je dah bungkus.

“Tahun depan dia dah nak bersara, dapatlah baki duit KWSP, tapi saya tak rasa duit tu akan bertahan. Saya takut mak saya yang masih kerja akan dipau setiap bulan.

“Apa jenis suami yang mengharap duit isteri. Mak saya pun akan bersara dalam setahun dua lagi, tak kan nak harap duit pencen mak saya lagi?,” ujarnya.

Baca juga: Patutlah banglo Sajat tak laku-laku sampai sekarang