Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemimpin dunia bersatu segera mengambil tindakan tegas terhadap apa yang berlaku di Gaza sekarang.
Pembunuhan kejam ke atas keluarga, termasuk kanak-kanak dan bayi, serta penderitaan akibat kelaparan yang melanda penduduk Palestin mencerminkan pengabaian menyeluruh terhadap maruah dan hak asasi manusia, kata beliau di video facebook semalam.
“Ia bukan lagi isu politik semata-mata, tetapi pelanggaran terang-terangan terhadap kod moral paling asas, dan penghinaan terhadap nilai kemanusiaan itu mesti dihentikan.
Semua negara yang mendukung undang-undang antarabangsa serta menjunjung tinggi nilai kehidupan manusia juga digesa untuk bersuara dan bertindak secara kolektif,”
Anwar juga turut menyebut khusus nama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump supaya memainkan peranan penting mempengaruhi Israel untuk menghentikan kegilaan ini.
“Ini adalah saat yang memerlukan kepimpinan berteraskan moral.
“Inilah masanya untuk membuktikan bahawa nilai-nilai yang kita dakwa pertahankan, bukan sekadar retorik,” katanya.
baca: Anwar