Semalam tular isu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penghormatan kepada pengasas Turkiye, Mustafa Kamel Atartuk.
Anwar menegaskan mana-mana ketua negara yang membuat kunjungan rasmi ke Negara Turkiye dikehendaki melakukan upacara tersebut.
“Semua ketua negara yang mengadakan kunjungan rasmi dikehendaki melakukan upacara tersebut. Setuju atau tidak, itulah rangkaian program rasmi yang telah ditetapkan”
Malah katanya semua perdana Menteri sebelumnya melakukan upacara yang sama Ketika melawat Turkiye sebagai ketua kerajaan.
“Kerajaan mana pun yang memerintah di Turkiye, itulah perintahnya. Semua Perdana Menteri Malaysia yang datang secara rasmi sebelum ini, sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Najib Razak, turut melalui upacara sama”
Anwar dalam siding medianya berkata peranan pemimpin kebanggaan Turkiye itu harus dihormati walaupun terdapat perbezaan pandangan dalam islam.
“Tentunya, saya juga ada pendapat peribadi yang kuat, kerana tatkala dia memimpin dan menguasai, ada beberapa keputusan yang saya rasa tak serasi dengan pandangan saya, tentang Islam, pertukaran bahasa, tulisan dan sebagainya”
“Tetapi itu tidak boleh memadamkan sumbangan, peranan dan sikap rakyat Turkiye tentang seorang tokoh besar yang berjaya membebaskan negara mereka daripada percubaan meleburkan dan menjadikannya sebahagian daripada wilayah di bawah penjajah Eropah”
Pengasas Turkiye itu sebelum ini dikenali di Malaysia dengan bapa sekularisme yang memisahkan agama dan politik dalam pentadbirannya.