Banyak pasangan suami isteri yang membuat video romantik bersama untuk tatapan pengguna media sosial, namun tak semua bahagia sebenarnya.
Kadangkala konten disiarkan di sosial media sebenarnya bertentangan dengan apa yag terjadi di dunia sebenar.
Sebolehnya segala kekurangan disembunyikan agar tidak menjadi bualan mulut ramai.
Menurut Dream.co, seorang Tiktoker dari Indonesia dengan pengikut satu juta berkongsi mengenai kisah sedih diceraikan suami talak tiga melalui surat.
Suryani Wahyu Lestari dan suaminya, Habibi memang sering memuat naik video mesra suami isteri di TikTok.
Bagaimanapun, video terbaru ini mengejutkan ramai terutamanya pengguna media sosial apabila Suryani telah diceraikan.
“Berkahwin pada 24 Januari 2021 sebelum gagal pada 2023. Pada awal perkahwinan, kami baik-baik sahaja dan dikenali sebagai pasangan romantis,” ujarnya.
Tambahnya, Habibi telah melakukan sesuatu yang menyebabkan kekecewaannya namun dia masih memaafkan suami demi rumah tangga mereka.
Tetapi Habibi memilih untuk keluar dan menghilangkan diri dengan alasan mahu menguruskan tanah milik pelanggan dan Suryani tidak berjaya menjejaki suaminya.
Namun, Habibi dikatakan masih aktif di media sosial namun segala mesej dihantar Suryani tidak pernah dibalas.
Hinggalah dia mendapat surat penceraian dihantar Habibi kerana dia sudah tidak mahu bersama Suryani atas alasan wanita itu terlalu baik buatnya.
Walaupun mereka telah sah bercerai daripada sisi agama tetapi Suryani tetap akan mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman Habibi kerana bertindak begitu.
Baca juga: 3 beg tangan termahal di dunia, salah satunya milik isteri bekas perdana menteri Malaysia?