Awalnya tak nak jual tanah, lepas tahu harga belian cecah RM3,000 terus berebut

Oleh MAISARAH AISYA

Harga tanah bukanlah murah apatah lagi banyak pembangunan yang tumbuh bak cendawan tetapi kawasan untuk membangunkan tiada.

Itulah yang terjadi kepada penduduk kampung di daerah Bener, Indonesia yang menerima pampasan sebanyak Rp 9 juta (RM2,689.27).

Bagaimanapun banyak media di Malaysia yang salah membezakan di antara milion dan bilion hingga menyebar fakta bahawa penduduk menerima pampasan hampir RM3 juta.

Menurut Kompas.com, seorang penduduk yang berasal dari Kampung Wadas di daerah Bener wilayah Purworejo berkata bahawa dia pada awalnya menolak tawaran untuk menjual tanah miliknya.

Namun dia akhirnya mengubah fikiran dan bersetuju menjual tanah tersebut untuk dijadikan kawasan empangan dek kerana harga tawaran agak lumayan.

“Sekarang kami sudah mempunyai perjanjian, hanya tunggu pengesahan. Insya Allah akan menerima sekitar RM2,689.

“Dulu saya pernah menolak tawaran tersebut bahkan mengikuti protes bersama penduduk Wadas namun sekarang saya bersetuju. Perancangan saya seterusnya adalah untuk membeli tanah di kawasan lain,” jelasnya.

Manakala salah seorang penduduk kampung itu yang berusia 45 tahun turut merancang untuk melakukan ibadah Haji setelah mendapat wang jualan tanah tersebut.

“Langkah yang saya lakukan bertujuan untuk memudahkan urusan pendaftaran Haji agar lebih cepat pergi,” katanya.

Tambahnya, dia merancang untuk membawa ibu, suami dan keluarganya untuk segera berpindah kerana mereka sudah tidak selesa dengan keadaan kampung.

Bagaimanapun, masih terdapat penduduk kampung yang menolak tawaran tersebut sehingga kini dengan sejumlah 35 bidang tanah masih belum diventori dan dikenalpasti.

Baca juga: Rupanya ramai tak tahu fungsi butang ‘soak’ di mesin basuh, butang paling power!