Seorang penduduk di Titi Gantong dekat Bota di Perak memberitahu bahawa ‘Mohd Syahid’ atau ‘Ayid’ memang tidak pernah berpakaian wanita.
Ayid yang tular mengerjakan umrah memakai ihram di Tanah Suci, baru-baru ini sebenarnya sudah belasan tahun tinggal bersama keluarganya di kawasan perumahan itu.
Sejak berpindah ke kawasan perumahan itu, seorang wanita yang juga tinggal di sana melihat Ayid tidak pernah memakai pakaian wanita.
Memetik BH, dakwa wanita berkenaan, Ayid hanya dilihat memakai selendang tanpa menutup rambut pada hari pengebumian seorang daripada ahli keluarganya.
“Dari dulu lagi dia tidak pernah berpakaian wanita, sebaliknya hanya memakai seluar dan t-shirt (seperti lelaki).
“Ketika hari raya juga dia balik ke kampung, tetapi tetap berpakaian seperti lelaki,” ujarnya.
Menurutnya lagi, sejak kes mengenai Ayid tular, keluarganya meninggalkan rumah itu dan mengesahkan ibunya sedih dengan kejadian yang berlaku.
Baca juga ‘Dah macam tengok bilis bukan Billie Eilish’, peminat tidak puas hati dakwa penganjur tipu