Bahang melampau, lelaki dari Pantai Timur ini buat eksperimen goreng telur bawah cahaya matahari

Oleh KIM SYAZIE

Gara-gara cuaca panas yang menyebabkan banyak kawasan dilanda kemarau, ia memberi idea kepada seorang lelaki dari Terengganu ini untuk melakukan eksperimen menggoreng telur menggunakan cahaya matahari.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @hempedu_manis, lelaki itu memulakan eksperimen dengan meletakkan kuali yang berisi minyak di bawah terik cahaya matahari.

Berdasarkan rakaman, kuali itu dibiarkan di luar dan di bawah cuaca panas selama dua jam.

Sebaik sahaja telur itu dipecahkan, percikan minyak mula kedengaran dan telur berkenaan mula masak menjadi ‘telur mata’.

Sementara itu meninjau ke ruangan komen, ramai yang teruja dengan eksperimen telur goreng yang ditunjukkan, malah ada juga yang berseloroh mengatakan mereka sempat menggoreng ikan berkat cuaca terik.

“Kito tra (cuba) dah kelmarin. Mem kito siap buat nasi goreng ikan dengan telur,” kata Jemanpokya.

“Dua jam biar di situ memang masaklah telur itu sebab besi dah panas sangat,” komen @gfety.

“Saya jemur baju, bantal kusyen pun cepat je kering. Memang panas sungguh,” komen @leesei

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 600,000 tontonan, dengan lebih 3,000 perkongsian

@hempedu_manis

orang pantai timur ok dok tu?? suboh pun macam tengoh hari lening🤣🤣🔥🔥🔥 #panas#CapCut

♬ original sound – Sapix_bukan_sapix✅ – Sapix_bukan_sapix✅

Baca juga: Diseksa, diejek mentua selama 8 tahun, ayah raikan penceraian anak perempuan