Ramai jatuh miskin selepas bersara, ini amaran keras dari pakar

Oleh SHAFIQAH MUKHSIN

Sudah beberapa kali kerajaan terdahulu membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja namun dilihat masih tidak cukup buat rakyat.

Duit yang disimpan di KWSP ini penting dalam memastikan kelangsungan hidup selepas bersara.

Menurut penganalisis ekonomi Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, lanjutan daripada jangka hayat penduduk Malaysia yang semakin meningkat, simpanan selepas bersara menjadi sangat penting.

Menerusi kenyataan bertulis Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat memaklumkan mengenai kekurangan wang KWSP bagi pencarum berumur 55 tahun ke bawah.

Setakat 31 Disember 2022, seramai 6.7 juta ahli (iaitu 51% daripada keseluruhan ahli KWSP) mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP.

Ini berlaku selepas pengeluaran yang dibenarkan oleh kerajaan sebelum ini.

Hal ini dilihat membimbangkan apabila wang simpanan yang tinggal adalah sedikit dan boleh menyebabkan orang ramai terpaksa bekerja disaat sudah dimamah usia.

Melihatkan senario ini, sudah pastilah dengan mempunyai simpanan KWSP yang mencukupi sangatlah penting kerana ianya dapat menjamin kelangsungan hidup anda di usia emas.

Simpanan di KWSP terbahagi kepada dua akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2.

Pada setiap bulan, dari caruman yang dilakukan anda dan majikan, 70 peratus akan dimasukkan dalam Akaun 1 dan selebihnya di Akaun 2.

Simpanan dalam Akaun 1 boleh dikeluarkan?

Boleh, pengeluaran Akaun 1 adalah bagi pengeluaran umur 55 tahun, kehilangan upaya, meninggalkan negara atau meninggal dunia.

Manakala, pengeluaran Akaun 2 pula membenarkan pengeluaran untuk bayaran pendahuluan atau penyelesaian pinjaman rumah pertama, pendidikan, perbelanjaan perubatan, dan pelaburan apabila ahli mencapai umur 50 tahun.

Jangan tak tahu, sebenarnya ada 16 jenis skim pengeluaran KWSP seperti:

Skim Pengeluaran Persaraan

  1. Pengeluaran Mencapai umur 55 tahun
  2. Pengeluaran Mencapai umur 50 tahun
  3. Pengeluaran Bayaran Berkala
  4. Pengeluaran Bayaran Bulanan

Skim Pengeluaran Perumahan

  1. Pengeluaran Membeli Rumah
  2. Pengeluaran Membina Rumah
  3. Pengeluaran Mengurangkan atau Menyelesaikan Pinjaman Rumah
  4. Pengeluaran Mengurangkan atau Menyelesaikan Pinjaman Rumah bagi Membantu Suami atau Isteri.
  5. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Pengeluaran-Pengeluaran Lain

  1. Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli
  2. Pengeluaran Persaraan Pilihan
  3. Pengeluaran Pendidikan
  4. Pengeluaran Kesihatan
  5. Pengeluaran Meninggalkan Negara
  6. Pengeluaran Kematian
  7. Pengeluaran Hilang Keupayaan

Duit KWSP adalah bertujuan untuk kita guna selepas bersara agar semua tak perlu bekerja terlalu kuat dan hidup dengan wang yang telah disimpan di hari tua.

Baca juga: Banyak kes pengguna jalan raya terlanggar lembu berkeliaran, Ustaz Azhar jawab pemilik lembu wajib ganti rugi