“Bapa aku diangkat jadi wakil rakyat, tapi dia ada sisi gelap yang ramai orang tak tahu”

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang wanita nekad membuat pendedahan mengenai sisi gelap wakil rakyat yang dipanggilnya bapa untuk memberikan pengajaran kepada orang ramai.

Tanpa mendedahkan identiti, wanita berkenaan mengakui bapanya itu bersikap zalim terhadap keluarga namun pada masa yang sama cukup dihormati oleh masyarakat.

Mendakwa menerima kifarah di atas perbuatan bapanya, berikut perkongsian wanita yang mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada orang tuanya sendiri.

“Bapa aku dahulu seseorang yang dihormati dalam masyarakat. Memiliki perniagaan dan pernah diangkat menjadi wakil rakyat suatu ketika dahulu. Namun beliau ada sisi gelap sebenarnya. Bapa pernah berlaku curang terhadap isteri iaitu ibu aku dengan hampir 10 orang perempuan. Itu yang diketahui. Yang tiada dalam senarai?

“Kifarah itu pula terpaksa aku hadapi sebagai anak perempuan. Aku dipermainkan oleh lelaki. Waktu itu, aku muda dan juga agak bodoh. Apabila dapat tahu daripada ibu yang bapaku pernah menjadi kaki perempuan, barulah aku faham. Mungkin apa yang terjadi pada diriku adalah kifarah bapa sendiri.

“Selain culas nafkah, beliau banyak menganiaya keluarga sendiri. Di luar sana, bapa dipandang hebat. Tetapi di rumah, bapa tipu duit keluarga dan saudara-mara untuk kepentingan sendiri. Duit yang ibu simpan selama bertahun-tahun juga dicurinya demi menaikkan nama di medan politik.

Baca Artikel Penuh