Tindakan seorang bapa yang kononnya mahu mendapatkan keadilan buat anak yang dirogol akhrinya membawa padah.
Kejadian yang berlaku di Ambon, Maluku, Indonesia itu akhirnya terbongkar selepas si bapa membuat laporan polis mengenai anaknya.
Memetik Kompas.com, perbuatan terkutuk suspek dilakukan terhadap anak kandungnya itu bermula sejak mangsa berada di kelas 4 Sekolah Dasar (SD).
Hasil siasatan polis mendedahkan rupa-rupanya pelaku yang berusia 39 tahun itulah yang merogol anaknya sendiri selama ini.
Difahamkan, kali terakhir dia memperkosa manga adalah pada 22 Jun 2022 lalu di rumah mereka, sekitar kawasan perumahan di Ambon.
Suspek kini telah ditahan dan didakwa atas perbuatan tersebut dan kini berada di pusat tahanan Balai Polis Resor Kota, Pulau Ambon.
Ketua Seksyen Maklumat dan Perhubungan Awam Polis Pulau Ambon, Moyo Utomo berkata, tembelang suspek pecah apabila polis menyoal siasat anaknya.
Menurutnya, mangsa kelihatan gelisah dan tidak tenang ketika mereka mengambil keterangan darinya, sejak dari itu pihak mereka mula mencurigai perkara tersebut.
“Kanak-kanak itu akhirnya membuat pengakuan menjadi mangsa nafsu serakah ayahnya dan dirogol sejak sekolah rendah,” katanya seperti dipetik Kompas.com.
Baca juga: Misteri Kubor paling panjang di Malaysia ini akhirnya terjawab