“Baru 2 tahun kahwin, suami dah install segala dating apps, alasannya sebab kurang rasa sayang…”

Oleh MAISARAH AISYA

Seharusnya mereka yang membuat keputusan untuk berkahwin perlu bersedia sepenuhnya bagi memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri.

Ini tidak, selepas berkahwin masih cuba nak ‘marketkan’ diri sedangkan sudah ada tanggungjawab sebagai pasangan.

Seorang wanita tidak menyangka si suami sanggup memuat turun aplikasi ‘dating’ ke dalam telefon sedangkan usia perkahwinan baru menjengah dua tahun.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Saya dan suami sudah dua tahun berkahwin, masih belum ada rezeki untuk dapat anak sebab saya sendiri ada cyst.

Tak lama lagi saya akan buat pembedahan untuk buang, ini mungkin antara punca kenapa sukar dapat anak.

Nak dijadikan cerita, saya ternampak suami muat turn banyak aplikasi ‘dating’ dalam telefon dia, selalunya dia sempat padam tapi hari kejadian dia lupa.

Kami memang tahu kata laluan telefon masing-masing jadi memang terkejutlah baca segala perbualan dia dan wanita lain.

Sebelum ini saya dah syak tapi dia kata tak ada dan janji tak akan buat benda yang menyakitkan hati saya.

Kali ini kantoi masa sedang beraya di rumah mentua, saya terdiam, tetap memilih untuk jaga aib suami.

Saya masih tanya dia baik-baik dan dia beriya minta maaf cuma kali ini saya rasa kosong sedangkan benda ini sudah terjadi tiga kali sepanjang berkahwin.

Siap dengan bagi video lagi dlama aplikasi tersebut, bukan seorang tapi banyak perempuan yang dilayan dalam satu masa.

Jujur saya tanya dia apa lagi yang tak cukup saya buat sebagai seorang isteri sampai dia nak cari wanita lain.

Dia kata cukup semua tapi ada masa timbul rasa kurang sayang kepada saya. Kalau boleh saya tak nak bergaduh.

Saya minta dia lepaskan sahaja saya andai kata diri dah tak bahagia dalam perkahwinan ini tapi dia menolak dan minta maaf maaf atas perbuatannya.

Entahlah, rasa sangat kecewa, tak ada sudah gelak tawa dan gurauan, semuanya hancur sekelip mata.

Baca juga: Wanita sanggup beli tiket kapal terbang ke Nilai untuk tonton filem Sheriff sebab Kelantan tak ada wayan