Wanita sanggup beli tiket kapal terbang ke Nilai untuk tonton filem Sheriff sebab Kelantan tak ada wayang

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita dari Kota Bharu, Kelantan sanggup membeli tiket kapal terbang ke Negeri Sembilan hanya untuk menyaksikan tayangan filem “Sheriff: Narko Integriti” yang baru diterbitkan.

Menerusi perkongsian @tuansyieka di TikTok, dia merakamkan perjalanan sehariannya bermula dengan mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bahru ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Setibanya di KLIA, dia meneruskan pula perjalanan ke Nilai untuk menonton wayang bersama rakan-rakannya.

Baca Artikel Penuh