“Bekas isteri suami tiba-tiba ajak berbaik, hancur hati aku bila tahu niat sebenar dia”

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang wanita bergelar isteri mula merasakan dirinya membuat keputusan yang salah dalam memilih teman hidup selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga.

Hasrat wanita itu untuk berpisah semakin membuak-buak apabila punca penceraian suaminya bersama bekas isteri akhirnya terbongkar setelah sekian lama berkahwin.

Bayangkan, wanita tersebut baru mengetahui bahawa bekas isteri kepada suaminya itu pernah menjadi mangsa fitnah keluarga mentua sehingga mereka bercerai-berai.

Nekad mahu memperbetulkan semula keadaan, berikut perkongsian sang isteri yang membuat keputusan untuk berkorban demi kebahagiaan suami dengan wanita lain.

“Saya berumur 29 tahun, mendirikan rumah tangga pada lima tahun lalu. Sebelum berkahwin, saya ada buat silap. Saya berkawan dengan seorang lelaki tanpa mengetahui bahawa dia suami orang. Dia tinggal di Utara tetapi seringkali ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan. Kawan yang kenalkan.

“Kawan saya tahu dia suami orang. Tetapi mereka rahsiakan atas permintaan lelaki itu. Akhirnya dapat tahu apabila isteri dia telefon dan bertanya soal hubungan kami. Saya mengakui yang saya tidak tahu dia sudah beristeri. Saya terus putuskan hubungan kami. Lagi-lagi setelah saya tahu isterinya hamil empat bulan.

Baca Artikel Penuh