Semakin ramai pelanggan meluahkan rasa kecewa apabila harga makanan yang dijual melalui aplikasi dalam talian dilihat tidak masuk akal, mahal, tetapi kuantitinya sangat mengecewakan.
Ada yang masih boleh terima jika harga tinggi sepadan dengan kualiti dan saiz hidangan, tetapi bila potongan ayam sekecil ibu jari dijual sebagai lauk tambahan, memang buat ramai ‘panas’.
Seperti yang dikongsikan pengguna TikTok, @maemek_, dia terkejut apabila menerima lapan ketul ayam bersaiz mini hampir sama dengan makanan booster untuk kucing.
“Agak-agak lah ya pon kau nak berniaga macam ni jual ayam RM5 dapat macam ni. Lain kali boleh letak gambar kot untuk orang tak salah faham.
“Kalau aku tahu macam ni, tak ada la aku nak membazir ‘add-on’,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Rata-rata netizen juga terkejut melihat saiz yang dikongsi dalam video tersebut dilihat terlalu kecil untik diletakkan dalam menu tambahan.
“The P*****k eh? Haha, hari tu nak lepak tapi tak jadi… Tanya orang, sate secucuk berapa, dia suruh scan. Orang cuma nak tahu harga dulu, tapi dia tetap suruh scan… Maleh aku!
“Memang melampau ya. Aku bayangkan dia kata grill chicken tu yang jenis hirisan besar. Sumpah, kalau aku pun memang marah. Kalau tak tambah ‘pemadam’ (ayam) tu, maksudnya kosong la, kan?
“Ayam kalau saiz macam tu, sepatutnya memang dah kena letak dalam spaghetti tu. Takkan la jual kosong je, tak ada isi-isi. Ayam pun kena add-on?,” antara komen netizen.
Baca juga: Pelanggan terkejut peniaga tanda isi popia macam guna ‘marker pen’, was-was nak makan