Berang disuruh senyap dalam panggung wayang, wanita didakwa lempar minuman beralkohol kepada penonton lain

Oleh KIM SYAZIE

Tular video seorang wanita melemparkan minuman kepada penonton lain sebelum bertindak meninggalkan panggung wayang tersebut.

Ini adalah berikutan penonton lain memintanya untuk senyap semasa filem ditayangkan.

Menerusi video yang dimuat naik akaun TikTok, @eclent, difahamkan kejadian tersebut berlaku di pusat beli-belah Sunway Pyramid.

“Mereka berdua ini minum dan bersembang sepanjang filem Barbie ditayangkan do TGV Cinemas, Sunway Pyramid.

“Bukan sahaja biadap, malah wanita tersebut juga memutuskan untuk membuang minuman beralkohol kepada penonton yang memintanya untuk diam,” ujarnya dalam kapsyen.

@eclent

This two sitted (A1-A2) were drinking and chit chatting throughout the movie (Barbie) at TGV cinemas at Sunway Pyramid (10.15pm, Beanie). Not only they were rude, the girl decided to throw her drink (with alcohol) at other movie goers (who ask her to keep quiet). Damn girl be so drunk thought she’s at home. Hope @TGV Cinemas look into it. #fyp #viraltiktok #malaysia #malaysiatiktok #tgvcinemas #sunwaypyramid #foryoupage

♬ original sound – Richie – Richie

Wanita juga sempat menunjukkan isyarat lucah kepada penonton lain sebelum bergegas keluar dari panggung wayang.

Wanita yang dilemparkan minuman beralkohol itu juga dikatakan telah membuat laporan kepada pihak pengurusan yang terlibat namun masih tiada perkembangan.

Rata-rata warganet pelik mengapa pasangan ini boleh terlepas membawa masuk minuman beralkohol ke dalam panggung wayang.

“Dan ini adalah kenapa makan dan minuman dari luar tidak dibenar untuk dibawa masuk ke panggung wayang.

“Sekejaop, TGV? Selalunya mereka sangat tegas. Dekat tempat saya, staf TGV akan check (lihat) beg sebelum benarkan kami masuk.

“Kenapa tak bawa sahaja laptop dan study (belajar) di situ,” antara komen warganet.

Baca juga: Masuk kedai tapi tak beli barang, pemilik kedai buat keputusan caj RM25