Memang benar di luar negara, binatang dibenarkan di bawa masuk ke mana-mana premis perniagaan di pusat beli belah.
Namun itu sama sekali tidak dibenarkan di Malaysia memandangkan majoritinya adalah orang Islam dan jelas tahu hukum dengan anjing.
Tidak kiralah dipegang atau dilepaskan, kedua-duanya tidak dibenarkan dan pelanggan boleh disuruh keluar premis.
Itulah yang terjadi kepada seorang pekerja apabila meminta seorang pelanggan dipercayai warganegara China untuk meninggalkan premis kerana membawa anjing.
Menurut Kosmo! Online, pergaduhan mula tercetus apabila pekerja tersebut menerangkan bahawa haiwan peliharaan terutamanya anjing tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam mana-mana premis perniagaan di pusat beli-belah tersebut.
“Bagaimanapun, wanita tersebut tidak berpuas hati dan terus berkeras. Katanya, sejak bila tidak boleh bawa (haiwan peliharaan)?
“Tetapi, pekerja sudah terangkan berkali-kali bahawa wanita tersebut boleh beli, tetapi perlu bawa keluar anjing tersebut terlebih dahulu kerana semua staf beragama Islam.
“Malah, undang-undang di pusat beli-belah tersebut juga jelas menyatakan tidak boleh bawa haiwan peliharaan masuk,” jelasnya.
Menurut pengguna TikTok itu, ramai pelanggan lain sudah menasihati wanita tersebut mengenai polisi namun tidak diendahkan.
“Suami saya pun sudah terangkan. Katanya, kalau nak senang, bawa sahaja keluar anjing kemudian masuk balik dan beli,” katanya.
Dipaksa padam video
Setelah mengetahui diri dirakam, wanita tersebut dengan selamba memarahi pengguna TikTok malah mengugut untuk buat laporan polis.
“Saya cakap, kalau nak padam, baik keluar dari kedai. Tetapi, dia berdegil dan akhirnya kami terpaksa panggil pengawal keselamatan
“Dia sampai cakap hendak buat laporan tetapi saya balas, lapor sahajalah, saya tidak takut,” jelasnya.
Baca juga: Pengawal peribadi terpaksa ditidurkan, kritikal lepas kena satu das tembakan di KLIA