Berhenti jadikan Kaabah sebagai alat ‘marketing’-“Jika tidak insaf saya doakan perniagaan lingkup”

Oleh NASUHA RAHMAN

Sudah menjadi ‘trend’ hari ini pengasas produk kosmetik menjadikan Kaabah sebagai alat ‘marketing’ untuk memberi gambaran bahawa produk mereka suci dan bersih terutama kepada pengguna beragama Islam.

Usahawan kosmetik di luar sana dikatakan mengambil kesempatan membawa produk mereka dan bergambar di hadapan Kaabah di tanah suci Mekah.

Tindakan itu mendapat perhatian pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan.

Beliau di facebooknya Rahmat Ihsan Ikhsan Mohd Sofyan memberi nasihat kepada pengasas kosmetik yang membawa produk memasuki kawasan Masjidil Haram.

“Wahai Founder Produk. Berhenti jadikan Kaabah sebagai alat marketing. Berhenti bawa produk kamu ke dalam kawasan masjidil Haram.

“OOTD baju juga diharamkan.

Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أَوْ يَبْتَاعُ فِي الْمَسْجِدِ فَقُولُوا لاَ أَرْبَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ

Maksudnya: Sekiranya kamu melihat seseorang yang menjual atau membeli di dalam Masjid, maka katakan padanya, “Allah tidak akan menguntungkan perniagaan kamu” Riwayat al-Tirmizi (1321),”tulis beliau.

Bahkan PU Rahmat turut mendoakan agar perniagaan pengasas produk terbabit lingkup kerana menggunakan rumah Allah sebagai alat dagangan.

“Jika kamu tidak insaf dan memohon maaf, inilah doa saya. Semoga bisnes kamu lingkup wahai Founder Produk yang menggunakan Rumah Allah sebagai Alat dagangan,” katanya.

Baca juga: Nak jual RM9.5 juta tak laku, Sajat lelong banglo mewah RM7 juta atau disewa RM23,000 sebulan