Artis warga Singapura berjaya raih dana RM600,000 dalam masa 50 minit untuk mangsa banjir Johor

Oleh KIM SYAZIE

Seorang artis lelaki mendedahkan bahawa dia berjaya meraih dana sebanyak RM600,000 dalam masa 50 minit sahaja.

Hanya menggunakan telefon pintar, Wang Lei mengumpul dana itu menerusi sesi ‘live’ di akaun media sosial Facebook miliknya.

Bukan suka-suka, lelaki itu sebenarnya menggunakan popularitinya untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa banjir di Johor.

Bertajuk ‘Banjir di Malaysia’, pelakon dan penyanyi asal Singapura itu tidak menyangka acara pengumpulan dana tersebut mendapat sambutan dari orang ramai.

Berjaya mengumpul dua kali ganda dari matlamat asal iaitu RM300,000, lelaki itu akui tidak boleh berdiam diri walaupun bencana itu berlaku di luar negaranya.

“Walaupun saya warga Singapura, saya tidak boleh menutup mata selepas melihat betapa teruknya banjir (di Malaysia).

Baca Artikel Penuh