Tak pernah dibuat orang bernikah sebelum subuh, namun itulah yang berlaku di negara jiran Indonesia.
Tular video seorang jurusolek yang berkongsi dirinya bersiap pada pukul 11 malam untuk ke rumah pengantin yang mahu bernikah pada jam 3 pagi
Menurut portal yoursay.id, video itu dimuat naik pengguna TikTok, @anna_griya_rias yang terpaksa menahan mata makeup penganti di tengah malam.
Dapat dilihat dua jurugambar yang bertugas cuba menyegarkan mata dengan makan dan minum di luar rumah pengantin.
Kemudian, terlihatlah pengantin perempuan diarak ke meja akad nikah oleh dua peneman sambil diperhatikan beberapa tetamu undangan.
Pasangan pengantin kemudian duduk di meja akad nikah bersama kadi, wali dan saksi.
Kebanyakan tetamu yang hadir ke majlis akad nikah tersebut adalah ahli keluarga pengantin dan dilihat tenang tanpa ada kanak-kanak berlari.
Rata-rata warganet berseloroh lepas akad nikah boleh terus solat Subuh berjemaah malah memuji tok kadi yang sanggup datang awal pagi.
“Bagus betul tok kadi, sanggup akadkan orang pada jam sebegitu.
“Selalunya sebab ramai orang berkumpul. Tapi paling awal lepas subuh. Saya pernah berada di majlis nikah pada pukul 6 pagi.
“Lepas akad boleh terus pergi solat subuh berjemaah,” antara komen warganet.
Seorang pengguna TikTok, Azarinep memuji cara sebegini kerana tidak ada gangguan daripada orang yang suka ambil gambar hingga menghalang jurugambar.
“Tenang jurugambar nak ambil gambar sebab tak ada tetamu undangan yang masuk dalam kamera atau suruh ambil gambar guna telefon mereka,”ujarnya.
Baca juga: Hanya sebab terlambat buat susu anak, suami tergamak lempar kipas dekat isteri