“Bilik mak paling awal dihias, baru 10 hari mak duduk, mak pindah ‘bilik baru’…” Wanita luah rasa rindu tak berpenghujung

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya setiap anak yang dibesarkan dengan kasih sayang ingin membalas budi orang tuanya dengan apa sahaja bentuk kebahagiaan tanpa batas.

Seorang pengguna Facebook, Hani Mynis teruja untuk menghias bilik maknya agar dapat duduk bersama seperti yang diimpikan si ibu.

Namun setiap yang hidup pasti akan dijemput Ilahi, dan kita yang hidup perlu meneruskan kehidupan tanpa orang tersayang di sisi.

Di bawah adalah perkongsian tersebut.

“Pindah je rumah baru, bilik pertama yang Nisa hias ialah bilik untuk emak. Teruja sangat nak mak duduk sekali. Dah lama mak teringin nak duduk serumah dengan anak dia ni.

Nisa pun dah lama bercita-cita nak jaga mak pula. Terima kasih kat adik-beradik dan ipar yang lain selama ni jaga mak.

Sebelum ini duduk menyewa rumah flat tak ada lif so mak tak larat nak naik tangga sampai tingkat empat. Tak sampai seminggu duduk rumah baru, terus ajak adik-beradik datang Johor hantar mak.

Walaupun rumah belum 100 peratus siap, itu tak lengkap, ini tak lengkap, bagi tahu juga mak dah boleh datang tinggal dengan Nisa. Nisa nak jaga mak…

Sebelum mak datang, kemainlah hias bilik ni beli katil beli tilam baru memang khas untuk mak. Dekorasi ala bilik ku hotel tak payah check out.

Mak mmg suka dekorasi dan kemas-kemas. Ingat lagi masa kecil-kecil duduk rumah setinggan tak ada duit nak makan pun sanggup simpan duit beli langsir semeter RM1 ke RM2.

Mak jahit tangan je nak hias rumah bagi cantik. Yang penting beraya dengan rumah yang cantik dan kemas…

Walaupun tak siap deko habis (frame belum sangkut) terus ambil gambar bagi pada mak nak tunjukkan betapa excitednya Nisa nak mak datang tinggal dengan Nisa…

Mana lah tahu 10 hari je mak dapat merasa tidur katil dan tilam baru ni lepas tu mak ‘pindah’ ke ‘bilik’ baru.

Dah lima hari mak pergi. Masih belum mampu buka pintu bilik ni tenung katil dan tilam mak. Macam mana nak buat….

InsyaAllah, bilik ni Nisa akan convert jadi bilik solat mak ya. Tak sanggup rasa nak tengok katil dan tilam ni lama-lama.

Rasa mcm tak puas manjakan mak. Nak suap mak lagi, nak mandikan mak lagi, nak ikatkan rambut mak lagi, nak urut-urut badan dan kaki mak, nak peluk gomoi mak lagi, nak letak losyen kat badan mak…

Kalau lah boleh diputar masa. Maaf mak ya. Rasa mcm Nisa tak buat yang terbaik untuk Mak. Kesal. Ralat semua ada.

Rindu. Mak lah emak yang paling terbaik.. mak rehat ya.. mak dah penat kerja kuat besarkan kitorang adik beradik…

Nisa doakan bilik baru mak sentiasa terang wangi dan selesa untuk mak..”.

Rindu orang yang sudah tiada ini tak ada penghujungnya, hargailah ibu bapa yang masih hidup, kita tidak tahu berapa lama lagi masa mereka di dunia ini.

Baca juga: Dapat anak kembar lepas 6 tahun menanti, ‘Abang Axia’ buktikan lelaki setia itu wujud!