Buat aduan tak tahan bau busuk tauhu peram, peniaga terpaksa tutup kedai

Oleh KIM SYAZIE

Apabila membuka warung atau kedai berdekatan kawasan perumahan maka makanan yang bau agak kuat akan sering menerima aduan.

Menurut VnExpress, beberapa warung makanan di Bandar Ho Chi Minh ditutup selepas penduduk setempat membuat aduan mengenai bau.

Bau tersebut dikatakan berpunca daripada warung yang menjual tauhu peram, semua makanan yang diperam boleh dikatakan baunya agak kurang menyenangkan.

Penjual tauhu di kompleks pangsapuri Tran Quoc Thao, La Phuc Khang memaklumkan, warungnya dibuka awal Jun lalu dan penuh dengan pelanggan setiap hari.

Namun penduduk di kompleks pangsapuri tidak berminat dengan hidangannya, malah Khang juga mencari alternatif untuk mengurangkan bau tapi masih tidak berjaya.

“Selepas beberapa hari berniaga, saya terpaksa menutup kedai setiap satu hingga dua hari untuk menangani bau busuk kerana jiran-jiran mengadu mengenainya.

“Saya memasang ruang pengudaraan berkapasiti tinggi dan juga menggunakan karbon teraktif.

“Ia adalah untuk membuang bau tauhu apabila saya menggorengnya tetapi ia tidak pernah hilang sepenuhnya,” kata Khang.

Penduduk tempatan dikenali sebagai Van Khanh berkata, dia terpegun dengan bau tauhu yang diperam ketika dalam perjalanan ke China pada Mei lalu.

Tambahnya, tauhu peram di Vietnam kurang berbau busuk berbanding yang dijual di China malah ada peniaga mengubahsuai resipi untuk mengurangkan bau busuk itu.

Baca juga: Suami larang vaksin, ibu pilu dubur bayi melecet selepas cirit-birit akibat Rotavirus