Buat serangan seksual, pelakon berusia 79 tahun dipenjara 8 bulan

Oleh MAISARAH AISYA

Siri Netflix terkenal, ‘Squid Game’ pernah menjadi tular di serata dunia hingga mendapat perhatian malah banyak kostum dijual di pasaran.

Kini muncul pula kes salah seorang pelakon siri tersebut terlibat dengan salah laku seksual yang berlaku pada tahun 2017.

Menurut AFP, mahkamah tempatan di Korea Selatan mendapati O Yeong-su bersalah atas tuduhan salah laku seksual selepas didakwa menyerang seorang wanita tujuh tahun lalu.

Pelakon berusia 79 tahun itu menjadi warga Korea Selatan pertama memenangi Anugerah Golden Globe untuk pelakon pembantu terbaik untuk wataknya dalam filem thriller dystopian Netflix.

Mahkamah daerah Suwon cawangan Seongnam memaklumkan AFP bahawa pelakon tersebut dijatuhi hukuman penjara lapan bulan serta digantung selama dua tahun.

Pada masa sama, tertuduh juga diperintahkan untuk menyelesaikan 40 jam kelas mengenai keganasan seksual.

Baca Artikel Penuh