Bukan gimik! Nabila Razali bakal tamatkan zaman bujang

Oleh MAISARAH AISYA

Sebelum ini timbul ura-ura yang menyatakan penyanyi, Nabila Razali bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan.

Menerusi Instagram miliknya, Nabila memuat naik gambar ketika dilamar dengan kapsyen ‘i said Yes’.

Malah si lelaki dilihat sedang melutut seperti gaya orang barat sedang melamar kekasihnya di tempat yang dihiasi tulisan ‘will you marry me’ atau ‘sudikah awak berkahwin dengan saya’.

Nabila turut mendedahkan sudah menerima lamaran lelaki pilihan hati, Nik Iruwan Nik Izani.

Dek kerana sering melakukan gimik sebelum mengeluarkan lagu, rata-rata peminat pada mulanya menganggap ia gimik.

Namun melihat kepada ucapan tahniah daripada rakan artis termasuk pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei, netizen akhirnya percaya akan hal tersebut.

Walaupun tumpang gembira, netizen sempat menasihatkan Nabila untuk tidak berpegang tangan sebelum sah menukar status kepada suami isteri.

“Malu la pegang tangan! Orang lain pun buat dosa tapi mereka tak letak kat media sosial, Allah dah tutup aib tu pergi buka pula.

“Saya tak anggap diri baik tapi jangan jadi orang yang tolak hukum Allah, haram tetap haram,” komen seorang netizen.

“Sesungguhnya berpegang pegangan tangan dengan bukan muhrim hukumnya haram,” tambah netizen lain.

Baca juga: Rossa Sera bekas isteri Syuk Sahar selamat bertunang dengan jejaka pilihan, minta doa yang baik-baik