Bagi pasangan yang baru berkahwin dan ekonomi pula tidak gah mana, pastinya akan memilih untuk tinggal bersama mentua sebelum mendapatkan rumah sendiri.
Tapi bila sudah tinggal satu rumah, jangan pentingkan diri dan bantulah mana yang boleh untuk ringankan beban.
Seorang wanita bertanya pendapat sama ada dia patut membantu dalam urusan harian rumah sepanjang duduk bersama mentua.
“Bina, saya baru kahwin dan dalam usaha cari rumah sendiri, buat masa kini, saya tinggal dengan mentua.
“Boleh ke kalau saya tak tolong buat kerja dekat rumah, saya segan dan itu bukanlah rumah saya. Siapa suruh suami lambat nak dapat rumah,” ujarnya di Twitter.
Rata-rata warganet mengecam tindakan wanita yang dilihat pentingkan diri kerana tidak mahu membantu langsung mentua sendiri.

Tidak salah membantu serba sedikit apatah lagi mentua sudah baik menyediakan tempat unuk anda tinggal, lainlah kalau balik bercuti sekejap, ini menumpang sampai dapat rumah sendiri.
Baca juga: Jumpa banyak beg kecil masa kemas rumah mentua, lelaki tak sangka isi dalamnya…