Cafe universiti tutup, pelajar menangis kerana seharian tak makan

Oleh WAN SITI AMINAH

Tidak dapat menahan sebak, seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) menangis kerana sudah sehari tidak makan.

Pulang ke kampus setelah menyambut Hari Raya Aidilfitri, pemuda itu kecewa apabila restoran di universiti masih ditutup.

Meluahkan kesedihannya, pelajar di sebuah IPT di Johor itu memuat naik sebuah video di akaun TikTok miliknya.

Sambil menangis, pemuda itu memberitahu bahawa pihak universiti meminta pelajar pulang ke kampus sebelum sesi pengajian bermula.

Kecewa kerana kemudahan di universiti masih belum dibuka, pelajar itu terharu apabila ada insan baik hati yang membantunya.

Tidak mengharapkan balasan, insan itu membungkuskan makanan dari luar universiti tanpa meminta sebarang bayaran.

@bayinuckal

Kalau akak nmpk video ni… TERIMA KASIH BANYAK2

♬ original sound – Bayinuckal – Bayinuckal

“Tahu tak, universiti ini suruh kita masuk tapi tak nak buat online (belajar secara atas talian) dua dan tiga (Selasa dan Rabu).

“Tapi makanan semua tak ada dekat dalam ini (kampus). Habis itu, pelajar yang masuk ini nak makan apa?

“Saya sangat sangat terharu (ada kakak) belikan. Saya nak bayar pun dia kata tak payah, dia terus pergi. Dia bagi percuma,” luahnya.

Pelajar itu juga memohon agar pihak universiti lebih bertanggungjawab dan menyediakan tempat makan sekiranya mahu pelajar pulang ke kampus lebih awal.

Baca juga: Abang pilot buat kejutan keluar ucap babai, sedekah duit raya kepada semua penumpang