“Masuk hari ini dah 6 bulan isteri tolak nak bersama, alasannya sama setiap kali aku minta, aku cuba cek telefonnya..”

Oleh WAN SITI AMINAH

Lima tahun melayari bahtera rumah tangga, seorang suami merasa kecewa kerana sering ditolak isteri ketika diajak tidur bersama.

Merupakan seorang wanita yang bersikap romantis, lelaki itu terkilan apabila isterinya mula berubah setelah dua tahun berkahwin.

Memikirkan isterinya mungkin penat bekerja sebagai jururawat di syarikat swasta, sang suami mula turun tangan meringankan beban.

Berusaha membantu dalam kerja mengemas rumah kecuali memasak, lelaki itu kecewa apabila isterinya tetap enggan memenuhi keperluan batinnya.

“Kalau kata isteri penat, aku pun penat bekerja. Balik aku sambung pula kerja-kerja dirumah. Isteri balik kerja cuma perlu memasak sahaja.

Hujung minggu aku rajin bawa isteri keluar hilangkan penat dengan harapan dapat bersama. Tetapi masih dikecewakan,” katanya.

Khuatir sekiranya wanita itu berlaku curang, sang suami nekad menggodam telefon bimbit isterinya bagi mencari bukti.

Langsung tidak menjumpai perkara yang mencurigakan, isterinya makin berubah setelah melahirkan anak di tahun keempat perkahwinan.

Menjadikan trauma bersalin sebagai alasan, pasangan itu sudah tidak menjalinkan hubungan intim bersama selama enam bulan.

“Kepada isteri diluar sana, adakah aku terlalu demand atau ini penyakit wanita? Aku sangat perlukan sokongan moral pada saat ini,” luahnya.

Baca juga: Wanita sanggup tinggalkan anak 6 bulan sendiri untuk ikut bapa mentua, suami terkejut lihat rumah lepas balik outstation