DAP parti pergerakan orang muda

Oleh NASUHA RAHMAN

DAP parti pergerakan orang muda. Rakyat Malaysia perlu memastikan negara kita tidak menerima nasib yang sama seperti Sri Lanka, yang merupakan sebuah negara Asia yang paling kaya setengah abad yang lalu, yang telah mengambil langkah yang salah dalam membina negara dan kini semakin menghampiri status sebagai sebuah negara yang gagal

Pada zaman saya bersekolah di Batu Pahat pada tahun 50-an, Ceylon (yang kemudian menukar namanya menjadi Sri Lanka pada tahun 1972 selepas menjadi sebuah republik) adalah salah satu negara yang paling kaya di Asia, jauh lebih maju berbanding dengan negara-negara Asia lain seperti Thailand, Korea Selatan, India, Pakistan, dan Burma.

Tetapi, Sri Lanka telah mengambil langkah yang salah dalam merangka dasar pembangunan negaranya dan kini, hampir setengah abad yang kemudian, negara tersebut hampir menjadi sebuah negara gagal.

Sri Lanka telah gagal untuk membayar semula hutang asingnya buat pertama kali sejak kemerdekaan negara tersebut dan kini 22 juta rakyat sedang berhadapan dengan ketiadaan elektrik selama 12 jam sehari dan kekurangan makanan, bahan api, dan barang-barang asas lain seperti ubat-ubatan yang amat teruk.

Kadar inflasi di Sri Lanka berada pada paras yang paling tinggi, 17.5%, dengan harga barang makanan seperti satu kilogram beras meningkat enam kali ganda manakala harga sepeket serbuk susu 400g meningkat lebih dari empat kali ganda.

CNN melaporkan: “Prosedur pembedahan dijalankan menggunakan lampu suluh dari telefon bimbit dan kateter digunakan semula: Masalah ekonomi Sri Lanka terus membawa hospital ke arah bencana”.

Baca Artikel Penuh