Datang sekolah nak cari ilmu, pelajar terkejut dilamar cikgu gatal jadi bini nombor 2

Oleh MAISARAH AISYA

Ramai pelajar ke sekolah untuk menimba ilmu dan pastinya ia bukanlah medan untuk mencari jodoh terutamanya buat cikgu yang seharusnya menjadi contoh baik.

Apatah lagi untuk dijadikan isteri nombor dua dek kerana tempat mengajarnya berada jauh dari keluarga.

Seorang wanita berkongsi pengalaman diganggu cikgu pendidikan khas yang juga berstatus suami orang.

Menurut mStar, wanita tersebut diganggu guru berusia 40-an bermula sekitar 2018 ketika dia memasuki Tingkatan Enam Bawah.

“Ketika itu saya baru masuk ke sekolah tersebut sebab kami berpindah dari Bangsar, Kuala Lumpur ke Kelantan kerana mengikut ayah yang sudah pencen. Dia tak mengajar saya kerana dia seorang guru Pendidikan Khas.

“Pada peringkat awal, dia hanya tegur ketika bertemu di kantin. Dia tanya ‘sudah makan ke belum’. Saya tak rasa pelik pun masa itu sebab ada kawan-kawan sekali.

“Tapi saya mula rasa pelik ketika ada satu program sekolah yang melibatkan semua tingkatan. Daripada ramai-ramai yang terlibat, dia gigih menyelit dekat lokasi budak tingkatan enam, seolah-olah nak dekat.

“Di situ, dia ajak saya makan depan rakan-rakan tapi nak belanja saya seorang saja,” ujarnya seperti dipetik mStar.

Tidak cukup di sekolah, guru terbabit juga menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp selepas dia tamat belajar.

“Ia berlaku minggu lalu. Ketika itu dia beritahu pelajar-pelajar tingkatan enam, kalau nak kerja sementara tunggu keputusan, hubungi dia sebab dia ada contact.

“Saya pun tertarik kerana nak cuba cari kerja sementara tunggu keputusan keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang akan diumumkan pada Mac ini.

“Niat saya hubungi dia semata-mata nak cari kerja. Tapi bermula dari situ, dia mula ganggu dengan mesej-mesej.

“Saya hanya balas atas dasar hormatkan dia sebagai guru. Dia juga pernah hubungi saya banyak kali hingga rimas namun saya tak pernah angkat,” katanya.

Tambahnya, guru itu juga pernah menawarkan kerja berdekatan tempat tinggalnya yang terletak kira-kira 50 kilometer dari rumah keluarga Dahlia.

“Siap suruh saya tinggal di rumah sewanya yang kosong. Tapi saya menolaknya secara baik.

“Tapi bila dia mula sentuh soal kahwin, saya balas kepadanya mengatakan saya minta maaf sebab terpaksa block kerana hormatkan dia sebagai guru dan suami orang,” ujar gadis ini lagi.

Menurut Dahlia, dia pernah memberitahu ibu bapanya mengenai gangguan tersebut dan mereka menasihatinya agar memadam nombor guru berkenaan.

Kisah ini diharapkn menjadi iktibar buat wanita mahupun lelaki di luar sana, jika diganggu maka maklumkan hal tersebut kepada orang terdekat.

Bimbang kini semakin banyak kes melibatkan individu diekori atau kena stalk oleh mereka yang cintanya ditolak.

Baca juga: Wanita sanggup tinggalkan anak 6 bulan sendiri untuk ikut bapa mentua, suami terkejut lihat rumah lepas balik outstation