Setiap perkahwinan pastinya ada dugaan buat suami isteri namun paling sakit adalah jika pasangan memilih untuk curang.
Entah mengapa masih ada yang sanggup untuk mencari orang lain walaupun sudah berkeluarga apatah lagi jika pasangan yang dipilih itu adalah pelacur.
Seorang pengguna Tiktok, Zara Zayne berkongsi mengenai pengalaman rakannya yang dikhianati suami sendiri.
Menurut Lobak Merah, rakannya itu pernah disoal oleh saudara sendiri adakah suaminya mempunyai aplikasi sosial untuk mencari kenalan.
Dek kerana percaya akan suami, dia memilih untuk tidak mengambil pusing akan persoalan tersebut.
Zara menjelaskan bahawa rakannya itu tidak mahir akan aplikasi sosial zaman kini dan akibat curiga dia mula menyelidik telefon suaminya itu.
Di saat itu terbongkarlah satu aplikasi yang mempunyai simbol nyahaktif dalam telefon terbabit.
“Kalau kau pakai iPhone, jika kau pernah download aplikasi, dia akan keluar lambang awan dan ada anak panah. Itu bermakna aplikasi pernah ada dalam telefon.
“Bila dia pergi buka App Store telefon suami dia, memang ada lambang awan tu. Jadi kawan aku ni cuba download masa suami dia tak sedar.
“Aku pun ajar selepas download aplikasi, ambil forgot password dan akan hantar kod pada telefon, kemudian dapat buka,” katanya.
Rupa-rupanya suami kepada rakan Zara telah melanggan pelacur setiap kali bertugas di luar kawasan, hal ini menyebabkan rakannya kecewa dan menangis.
“Dia cakap dapat buka aplikasi dan terbongkar segalanya. Kat dalam aplikasi, itu watak sebenar suaminya.
“Speechless (tak terkata), aku ajar dia bukan untuk meruntuhkan rumah tangga tetapi dalam tu terlalu banyak bukti, bukan sekali tapi banyak kali,” ujarnya.
Tambah Zara, suami rakannya itu mempunyai perilaku yang baik kerana jarang melepak dan sering membantu isteri di rumah.
Selepas kantoi dengan aplikasi sebagai bukti, mereka bergaduh dan difahamkan rakannya itu baru sahaja sah bercerai.
Pada masa sama, Zara mengakui dirinya berasa bersalah jika menjadi punca perceraian rakannya itu.
Baca juga: Sehari guna RM1.20, wanita berjimat dengan makan sisa makanan rakan, sedar diri dari keluarga susah