Disyaki terlibat dalam kegiatan salah guna kuasa, MB Perlis mungkin ditahan SPRM?

Oleh WAN SITI AMINAH

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan kehadiran Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli di ibu pejabat agensi berkenaan.

Difahamkan, Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis itu dipanggil ke pejabat agensi antirasuah tersebut untuk memberikan keterangannya berhubung siasatan membabitkan anak lelakinya.

Azam bagaimanapun tidak menolak kemungkinan bahawa pihaknya akan melakukan tangkapan terhadap menteri besar yang disyaki terlibat dalam kegiatan salah guna kuasa itu, lapor Malaysia Kini.

Baca Artikel Penuh