Asalkan kurus sahaja mesti dikaitkan dengan dadah sedangkan sudah ramai mula mengamalkan gaya hidup sihat.
Tak semua orang mahu kekal dengan obesiti, malah ramai juga mencuba untuk turunkan berat badan dengan melakukan diet atau senaman.
Belakon pelakon Along Eyzendy, dia pada mulanya terasa apabila dituduh mengambil bahan terlarang setiap kali melakukan siaran langsung di media sosial lapor Kosmo! Online.
“Sekarang selain berlakon saya juga berniaga sarapan pagi bersama isteri. Jadi ketika berniaga saya selalu buat live, ketika itulah ramai yang akan bertanya kenapa kurus? Saya okey atau tidak?
“Jadi, saya perlu membuat penerangan secara ulangan. Pada mulanya memang terasa hati dan penat untuk terangkan keadaan saya lama-kelamaan alah bisa tegal biasa.
“Saya sudah lali dan layankan saja pertanyaan netizen Malaysia,” kata Along seperti dipetik Kosmo! Online.
Tambah Along atau nama sebenarnya Mohd. Eyzendy Mohd. Aziz, dia telah dinasihatkan doktor untuk mengekalkan berat badan bawah 63 kilogram.
Ini adalah selepas dia selesai menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada April 2021, maka dia mula mengamalkan gaya hidup sihat.
“Demi menjaga berat badan saya telah kurangkan makan dan tidak makan malam walaupun kadangkala hati teringin makan seperti dahulu.
“Saya juga akan pastikan dapat tidur yang cukup selama lapan jam dan perlu elak perkara yang membuatkan saya cepat sakit contoh seperti terkena hujan atau berada di persekitaran ramai orang sakit,” tuturnya.
Pada masa sama, doktor mengesahkan dia berada dalam keadaan baik dan pemeriksaan berkala masih diteruskan serta ada ubat yang perlu diambil seumur hidupnya.
“Pesakit pemindahan buah pinggang seperti saya memang perlu memakan ubat yang mencegah penolakan organ.
“Ini kerana antibodi kita boleh mengesan jika terdapat organ asing yang dimasukkan ke dalam badan.
“Ubat itu akan mengelakkan antibodi badan menyerang organ tersebut,” tambahnya.
Baca juga: