Duduk flat tapi claim parking macam kondo? Isu ‘cop parking’ buat ramai naik angin

Oleh MAISARAH AISYA

Tular di media sosial satu perkongsian memaparkan tindakan individu meletakkan kon sebagai tanda ‘cop parking’ di kawasan perumahan.

Ini sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Menerusi hantaran di X oleh akaun @localrkyt, situasi itu menarik perhatian ramai apabila ada pihak dilihat meletakkan kon bersama notis larangan.

Tanda kon diletakkan seolah-olah menuntut hak eksklusif terhadap petak parkir berkenaan.

Perkongsian tersebut telah meraih lebih 149,000 tontonan dalam tempoh singkat, dengan pelbagai reaksi diberikan daripada yang berseloroh hingga ke kritikan keras terhadap sikap segelintir penghuni.

Pengguna X berpendapat tindakan tersebut tidak wajar kerana kawasan parkir di perumahan awam sepatutnya bersifat ‘siapa cepat dia dapat’, kecuali jika petak tersebut dibeli secara rasmi.

“Alihkan sahaja kon tu dan kemudian rekod siap-siapa kalau dia nak buat hal. Selagi tak beli petak rasmi dekat majlis atau tanah, tak payah nak rasa ‘entitled’ letak kon bagai.

“Semua tempat letak kenderaan adalah hak milik bersama, ‘first come first serve’, melainkan parkir berbayar. Duduk rumah kos rendah tapi selera kondominium mewah.

“Tiap kali dia letak, alihkan je kon tu. Macamlah dia bayar tempat parking.

“Aku suka tengok B40 gaduh dengan B40, jadi aku selalu buang je kon tu, biar B40 lain park situ, pastu tengok B40 gaduh dengan B40,” antara komen netizen.

Baca juga: Ringgit makin mendunia, netizen kata penjual Indonesia sanggup jual beli dalam RM