Dulu berlakon sampai menang Top 5 Anugerah Skrin, sekarang aktres muda ini hanya berniaga sate di tepi jalan 

Oleh KIM SYAZIE

Bukan mudah untuk anak seni kekal relevan dalam industri hiburan tanah air terutama dalam bidang lakonan. Ada wajah yang komersial pun belum tentu boleh menjamin kerjaya mereka.

Itulah yang dilalui seorang pelakon drama dan filem, Sharisa Haris. Sharisa pernah muncul dalam drama popular Adellea Sofea yang dibintangi Mira Filzah sekitar tahun 2019.

Bagaimanapun kerjayanya dalam bidang lakonan tidak bertahan lama apabila dilaporkan dia kini terpaksa berniaga menjual sate demi mencari sesuap nasi, lapor OhBulan!.

Pun begitu, pelakon berusia 35 tahun itu berkata, dia bersyukur apabila pernah dicalonkan ‘Top 5’ di Anugerah Skrin 2014 ketika namanya masih aktif dalam dunia lakonan.

Ketika itu Telemovie Matahari Terbit Lagi telah dinobatkan sebagai drama televisyen terbaik di Anugerah Skrin 2014.

“Dulu aku seorang pelakon drama dan filem dalam industri Malaysia. Pernah juga menulis beberapa naskhah skrip drama dan travelogue.

Baca Artikel Penuh