Jutawan terkenal terpaksa meniaga tepi jalan nak bayar hutang RM30 Juta

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemilik restoran Cina yang juga bekas jutawan tular selepas dilihat menjual sosej panggang untuk membayar hutang sebanyak 46 juta yuan (RM29.9 juta).

Menurut South China Morning Press, Tang Jian, 52, tidak melihat dirinya muflis sebagai satu pengakhiran malah berusaha keras dengan membuka gerai untuk membayar hutang.

Tang membuka sebuah gerai penjual jalanan di kota Hangzhou di China timur lapor Qianjiang Evening News.

Tang sebelum ini pernah menjadi ahli perniagaan yang berjaya, memiliki beberapa restoran pada usia 36 tahun.

Akibat salah langkah pada tahun 2005, Tang mengalami kerugian selepas melabur dalam satu perusahaan.

Akhirnya, dia terpaksa menjual restoran, rumah dan keretanya tetapi hutang AS $ 6.4 juta masih ada.
Ketika itulah dia membuat rancangan menjual sosej.

Baca Artikel Penuh