‘Durian juga jadi mangsa politik yang tidak berbudi’

Oleh KIM SYAZIE

Akhir-akhir ini durian menjadi trending di media sosial. Raja buah ini bukan sahaja terkenal dengan kesedapannya dan harganya yang dikatakan ‘Yahudi,’ bahkan menjadi buah mulut kerana terpaksa menjadi mangsa politik yang tidak berbudi.

Wahai durian, kau tidak bersalah. Yang bersalah ialah mereka yang memakanmu secara berjemaah sekali gus tidak mematuhi SOP. Katanya video tahun lalu, akhirnya mengaku setelah banyak bukti.

Apa pun, bercakap benar amalan terpuji. Itu lebih baik daripada menipu sampai ke mati dan diazab tidak terperi.

Kita tidak tahu lagi apakah yang bersalah itu akan didakwa atau siasat tinggal siasat, akhirnya terus sepi seperti kes beberapa menteri sebelum ini.

Durian, kau juga tidak bersalah apabila pokokmu ditebang. Yang bersalah ialah mereka yang membiarkanmu tumbuh berpuluh-puluh tahun, tidak berbuat apa-apa dan kemudian tiba-tiba ‘bangun daripada lena’ dan menebang pokokmu. Apa mimpi penebang, tidaklah penulis tahu, mungkin ada hantu yang mengganggu.

Kita tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi, ia perlukan penjelasan pihak berkuasa dan pekebun dengan lebih terperinci.

Baca Artikel Penuh