Bank terbesar di Malaysia, Maybank sebentar tadi mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalan penyelenggaraan sistem berkala pada esok hari iaitu 20 September 2025.
Menurut pesanan daripada MAE iaitu aplikasi di bawah maybank, penyelenggaraan itu akan bermula pada 12 tengah malam hingga 8 pagi.
“Bagi memastikan pengalaman perbankan yang lancar, kami menggalakkan pengguna merancang urusan transaksi lebih awal,” kata maybank di sistemnya.
Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan tempo gangguan dan perkhidmatan yang bakal terganggu:-
12 tengah malam hingga 8 pagi
– Semua perkhidmatan di ATM
– Pertukaran mata wang di aplikasi MAE
3 pagi hingga 8 pagi
Perkhidmatan laman web Maybank2u, aplikasi MAE, serta Maybank2u Biz (laman web dan aplikasi):
– DuitNow
– DuitNow Transfer
– DuitNow Request/Send Money
– DuitNow QR
– JomPay
– InterBank GIRO
Sementara perkhidmatan di laman web Maybank2u:
– FPX
– Mandat Debit
baca: Patutlah Maybank letak 2 kamera di mesin ATM, ini sebabnya