Elak tertipu! Bantuan SARA RM100 tidak boleh dikeluarkan melalui MyKad

Oleh MALAYSIADATELINE

Masih ramai yang keliru mengenai peranan sebenar MyKad dalam pelaksanaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM100 secara ‘one-off’.

Jabatan pendaftaran Negara (JPN) melalui hantaran di Facebook menjelaskan bahawa fungsi Touch ‘n Go pada MyKad tidak digunakan dalam proses pengagihan bantuan ini.

Sebaliknya, MyKad digunakan sebagai medium pengesahan maklumat bagi tujuan verifikasi sama ada individu terbabit layak menerima bantuan atau tidak.

“MyKad tidak menyimpan atau memindahkan wang. Ia hanya digunakan untuk tujuan pengesahan identiti dan status penerima bantuan sahaja,” menurut kenyataan rasmi agensi berkaitan.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan taktik penipuan yang mendakwa kononnya mereka boleh mengeluarkan wang daripada MyKad seseorang.

“Awas penipuan! Jangan mudah percaya jika ada pihak menghubungi anda dan mendakwa mereka boleh akses atau keluarkan duit daripada MyKad.

“Itu satu penipuan,” ujar kenyataan itu lagi.

May be an image of ‎map and ‎text that says "‎ايه AMBIL TAHU: BANTUAN SARA RM 100 pembelian melalui SUMBANGAN ASAS RAHMAH Pilih BaranganK Keperluan bensuan 山国 MyKad Untuk Pengesahan be Juruwang menyemak status MyKad pener bantuan. TukarNomborPin batturn Imbas Kod Barangan JunrAxIng mengirrbos setiop !!1h TeraRET kupedar kupedart nangikut kategari) rang dbenarkan. Bayar Menggunakan MyKad simpan Resit Semakan พลาลห์ท Penerima bantuan memasukkan manyimpan manyemak pembalan. mengesahkantransak transaksi. Sumber: Kementerian Kewangan Malayala MyKad digunakan sebagai VERIFIKASI seseorang individu itu adalah penerima BANTUAN SARA RM 100 Pastikan MyKad dalam keadaan baik, bagi tujuan penggantion Mykad boleh dibuat melalui: 210 Kaunter JPN MyPhone-In DGiorn JPNE-Services www.jpn.gov.my Bas Van ergerak JPN cojprnhqofficial‎"‎‎

Orang awam dinasihatkan agar hanya merujuk maklumat sahih melalui saluran rasmi seperti laman web Kementerian Kewangan Malaysia, atau portal bantuan di bawah agensi berkaitan.

Lindungi maklumat peribadi anda. Jangan jadi mangsa scam.

Baca juga: KWSP teliti cadangan perkenal skim bayaran pencen, keputusan akan dibuat lepas sesi libat urus