Enjin pesawat KL877 terbakar di udara

Oleh ROSLAN ZAMAN

Enjin pesawat KL877 sebentar tadi terbakar sejurus selepas berlepas dari landasan. Penerbangan dari Amssterdam ke Mumbai itu terpaksa berpatah balik selepas enjinnya di sisi sayap dikesan terbakar.

Memetik dari BH Online bersumberkan dari Agensi, kejadian berlaku kira-kira jam 12.03 tengah hari waktu tempatan di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam.

Pesawat jenis Boeing 777-300ER itu terpaksa membuang bahan api sebelum membuat pendaratan semula bagi mengelak bencana lebih besar.

Pesawat itu yang dijangka mengambil masa 8 jam 45 minit waktu penerbangan itu berpatah balik selepas berada di ketinggian 2000 meter di udara.

Pesawat KL877 KLM yang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, Belanda. - Foto AGENSI

Penerbangan KL877 telah pun selamat mendarat di landasan 36C, disambut pasukan bomba berada di hujung landasan bagi memadankan api.

baca: pesawat TUDM jenis Aermacchi MB339CM