Mengaku baru kahwin dekat jiran, pasangan ditangkap khalwat, kantoi wanita berstatus isteri orang

Oleh MALAYSIADATELINE

Masih ada pasangan yang terang-terangan tinggal satu rumah untuk mengelak diri ditangkap khalwat.

Siap mengaku pasangan baru berkahwin dekat jiran tetangga lepas kena tahan baru tahu status diri masing-masing.

Wanita berusia 29 tahun itu dikatakan masih berstatus isteri semasa ditangkap bersama pasangan berusia 23 tahun yang masih bujang.

Kedua mereka ditahan berkhalwat di rumah sewa wanita itu di Padang Serai, Kulim awal pagi tadi lapor Harian Metro.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, pasangan itu ditahan pada 1.45 pagi.

Ini adalah selepas pihaknya menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di rumah berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan, pintu rumah itu dibuka wanita yang mempunyai empat anak, selepas pemeriksaan lanjut, merek menemui seorang lelaki bersembunyi di belakang pintu.

“Soal siasat dilakukan yang mendapati wanita itu masih berstatus isteri tetapi dalam proses bercerai.

“Dia juga mendakwa suaminya kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah sejak November tahun lalu,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Wanita tersebut yang bekerja di kilang di Prai, Pulau Pinang mula berkenalang dengan pemandu jentera awal tahun ini.

Manakala semua anak berusia lima hingga 12 tahun dijaga ibu bapa yang tinggal tidak jauh dari tempatnya menyewa.

“Mereka mengaku suami isteri kepada jiran untuk mengaburi perbuatan maksiat, bahkan ibu bapa wanita itu juga tidak mengetahui lelaki berkenaan tinggal di rumah itu,” katanya.

Menurutnya, pasangan itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014.

Baca juga: “Isteri minta cerai untuk dipujuk” – Aliff Syukri harap suami turun ego dan faham emosi wanita