Ketua Penerangan Pas, Fadhli Shaari dikecam hebat di media sosial selepas memuatnaik hantaran berkenaan dengan penyelesaian konflik negara bergolak Thailand dan Kemboja.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu memuatnaik gambaran 3 watak binatang iaitu kambing dan biri-biri yang sedang berebut pisang, monyet sebagai hakim.
Fadhli menulis “kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang” sambil meletakkan artikel berkenaan pergolakan Thailand-Kemboja di sebelah gambar.
Warganet menganggap perbuatan pemimpin Pas itu melampaui batas apablila memperlekeh usaha perdana menteri, Anwar Ibrahim menyelesaikan konflik negara yang sedang berperang hebat.
“Sudahlah samakan pemimpin dengan monyet tu tak beradab, satu hal, tapi agak bebal jugaklah head of state negara bersekutu yang juga jiran kita kau samakan dengan kambing dan biri-biri”, kata Khairul Azri di hantarannya.
Tambah Khairul lagi, “Dahlah benda serius sampai ada yang terkorban, 200 ribu kena pindah, berebut pulak benda warisan dan sejarah yang dekat dengan negara depa.”
Sementara itu, Naib Canselor UniSIRAJ Dr Rozaimi Ramle di hantarannya berkata sudah pun menegur Fadhli berkenaan isu panas ini.
“YB Fadhli Shaari whatsapp saya ucapkan terima kasih atas status teguran saya ke atas beliau tentang isu yang panas ini. Nampaknya pengaruh PMX berkesan juga di negara ASEAN.”, tulis Rozaime di hantarannya.
Semakan Malaysiadateline sebentar tadi mendapati Fadhli sudah pun membuang hantaran kontroversi itu di facebook beliau.
baca: anwar-1