Aktivis Sumud Nusantara meluahkan rasa kecewanya apabia filem yang baru ditayangkan di Malaysia The Voice of Hind Rajab gagal meraih sambutan seperti yang diharapkan terutama di Malaysia.
Filem yang berkisarkan tentang kisah sebenar seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang menjadi mangsa kekejaman rejim Israel dan mengajak rakyat Malaysia menggunakan kuasa tular untuk menyebarkan kisah tersebut.
Luahan itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Threads selepas beliau membandingkan jumlah tontonan filem berkenaan di Malaysia dengan beberapa negara lain, termasuk negara bukan Islam.
Jelas pempengaruh itu, jumlah penonton filem Hind Rajab di Malaysia hanya sekitar 39,000 orang walaupun populasi orang islam di negara ini mencecah lebih 29 juta.

Beliau turut membandingkan situasi itu dengan Perancis yang merekodkan sekitar 300,000 tontonan walaupun populasi orang islam di negara tersebut hanyalah kira-kira 10 peratus.