Memang benar tugas suami adalah untuk mencari nafkah buat keluarga namun isteri tidak boleh dengan sewenangnya mengambil kesempatan ke atas mereka.
Setiap perbelanjaan perlu dimaklumkan kepada suami kerana itu adalah duit mereka untuk menguruskan keluarga bukan hanya untuk anda seorang sahaja.
Di bawah adalah perkongsian seorang suami yang merasa hidupnya adalah seorang kuli dalam perkahwinannya.
Assalamualaikum min. tolong siarkan kisah aku. Aku nak minta pendapat ramai tentang permasalahan aku.
Aku lelaki berumur 35 tahun dah berkahwin selama 12 tahun dan mempunyai empat orang anak, Alhamdulilah.
Berkahwin atas dasar cinta. Aku orang pantai timur dan isteri aku orang Perak. Kami tidak berjumpa setiap hari memandangkan aku bekerja sebagai seorang buruh kasar.
Manakala isteri aku bekerja di sektor kerajaan (kami berjumpa seminggu sekali atau dua minggu sekali).
Tapi setiap hari aku call bertanya khabar walau pun isteri aku ni jenis tak ambil berat sangat pasal aku.
Walau macam mana pun min, gaji aku tetap lebih dari dia. Pendapatan aku dalam lima angka (oil and gas). Ok, dipendekkan cerita.
Gaji aku dikawal sepenuhnya oleh isteri aku. Daripada lima angka gaji aku, aku cuma boleh merasa RM2,000 je min.
Setiap bulan dia akan cek bila gaji aku keluar dan dia akan transfer RM2,000 untuk aku pakai dekat akaun lain. Manakala selebihnya baki dia akan uruskan, macam bayar kereta, rumah, anak-anak dan sebagainya.
Untuk pengetahuan, aku tak pernah pun tanya dia apa yang dia buat dengan lebihan gaji aku tu.
Tapi ada juga aku nampak dia pakai gelang baru dan sebagai lelaki aku pun tak pernah tanya apa dia buat dengan gaji dia .
Yang aku tahu, semua hutang-hutang yang ada tiap bulan dia yang bayar (pakai duit gaji aku).
Dia nak sangat kawal duit aku sedangkan aku penat bekerja siang malam. Duit hilang kat akaun 50 hingget pun tanya apa yang aku buat dengan RM50 tu.
Sampai aku terfikir yang aku ni ibarat kuli aje dalam rumahtangga kami. Dia ibarat ketua keluarga yang uruskan segalanya.
Sebelum ni pernah berbincang tapi tak ada jalan penyelesaian sebab isteri aku jenis tak nak dengar pendapat aku.
Kalau A kata dia, A lah, tak boleh tukar B dah! Aku bersabar jadi suami yang telan segalanya walau pun pahit sebab aku tak nak bermasam muka.
Sudahlah kami tak selalu jumpa. Kalau sekali sekala aku balik pula dapur sentiasa bersepah. Pinggan mangkuk kadang-kadang seminggu tak basuh.
Kain baju begitu juga. Anak-anak pun nasib baik ada adik-adik aku yang dia orang boleh tengok-tengokkan (rumah aku berdekatan dengan bapak aku).
Banyak lagi, tapi biarlah aku telan. Dia suka kawal duit gaji aku dan bukan nak cakap isteri aku tu pemalas, walaupun dia rajin masak tapi bila bab kebersihan dia langsung tak ambik kira.
Anak-anak pula dijaga asal boleh je. Bila masa aku ada, walau pun penat aku tetap tolong isteri aku.
Bersihkan dapur, kemas rumah, basuh baju sidai baju tu memang kerja aku (kalau aku ada kat rumah), ajar anak-anak buat kerja sekolah.
Kadang-kadang aku terpikir, apa yang isteri aku buat bila selalu aku tak ade. Utamanya dekat sini, pada aku lah, aku tak ade bagi kurang apa pun dekat dia.
Daripada segi zahir dan batin semua cukup. Makan, pakai semua cukup.
Tapi kadang-kadang bila pikir selama 12 tahun aku sabar and aku dah pernah cakap elok-elok pasal benda-benda ni tetap tak ade jalan penyelesaian, malah dia pulak sibuk cari salah aku.
Aku cuba redha untuk segalanya tapi aku manusia biasa yang kadang-kadang iman aku koyak jugak!
Aku tak merokok, tak kaki club, tak kaki perempuan. Aku cuba jadi suami dan ayah yang terbaik.
Tapi aku tak rasa isteri aku hargai aku sebagai seorang suami. Aku selalu terfikir sampai bila nak jauh dari keluarga dan hidup sendiri macam orang bujang di tempat lain.
Aku cuba untuk rancangkan sesuatu pasal kewangan aku tapi masalah bila isteri aku tak bagi sentuh langsung bab perbelanjaan walaupun tu sebenarnya dari titik peluh aku.
RM100k sekarang tak kan sama nilainya dengan lima tahun akan datang.
Tapi jalan buntu yang aku dapat bila berbincang dengan dia. Bila cakap pasal benda ni selalu berakhir dengan masam muka dan macam biasa kesalahan diletakkan dekat bahu aku. Aku lelaki biasa min. Yang ada hati dan perasaan jugak.
Dia selalu buat aku kecewa dan aku pendam walau pon pada zahirnya aku tersenyum. Duhai isteri, ketahuilah hati suami mu ini yang kurang disenangi oleh caramu yang banyak membuatkan abang menangis dalam diam.
Runtuhkan sedikit ego mu agar keluarga kita dapat bertahan hingga ke akhir hayat.
Dalam kes begini, isteri perlu lebih memahami apatah lagi sudah ditegur suami banyak kali, janganlah selalu merasa diri anda sahaja yang berul.
Baca juga: