‘Gamers’ tertua, wanita tak berhenti walaupun usia dah cecah 93 tahun

Oleh MAISARAH AISYA

Bermain permainan atas talian selalunya diminati anak muda, jarang pula dengar mereka yang sudah berusia turut obses dengan perkara ini.

Tapi kalau sudah minat, tiada guna untuk menghalang nak kini nenek dari Jepun ini di berjaya memegang Guinness World Records sebagai YouTuber permainan video tertua dunia.

Usia 93 tahun tidak menghalang Hamako untuk menghabiskan masa tiga jam atau lebih sehari untuk melawan raksasa dalam permainan video.

Malah untuk berkongsi minat dengan orang ramai, Hamako membuka saluran Youtube yang kini sudah mempunyai 300,000 pengikut lapor Harian Metro.

“Saya bersemangat untuk bermain permainan video setiap hari. Ia menjadikan hidup saya lebih menyeronokkan.

“Bermain permainan video umpama berada dalam dunia sendiri.

“Setiap misi menentang musuh boleh membantu mengurangkan tekanan hidup,” katanya yang merupakan seorang balu.

Jika dilihat pada satu sisi, dia adalah seorang wanita yang bersifat lemah lembut namun perwatakannya berubah selepas memulakan permainan video.

Konsol pertamanya ialah Cassette Vision yang dibelinya pada tahun 1981 selepas tertarik dengan obsesi anak-anak muda ketika itu dengan permainan video tersebut.

“Anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu dan ia merupakan satu motivasi dalam hidup.

“Saya biasanya bermain bersendirian di rumah, namun selepas melancarkan saluran YouTube pada 2014, ia menghubungkan saya dengan pemain lain di luar,” kongsinya.

Pada usia 90 tahun, Hamako menasihatkan mereka seusianya untuk mencari hobi bagi membahagiakan hati sendiri.

Itulah pentingnya ada hobi, ia sedikit sebanyak membantu anda untuk mengurangkan tekanan kerja dan menceriakan hidup.

Baca juga: “Itu hanyalah lagu” – BTS RM tetap tidak mahu minta maaf, kongsi lagu hina agama Islam?