“Itu hanyalah lagu” – BTS RM tetap tidak mahu minta maaf, kongsi lagu hina agama Islam?

Oleh MAISARAH AISYA

ketua kumpulan kpop terbesar Korea Selatan, RM daripada BTS enggan membuat permohonan maaf susulan perkongsian lagu ‘Bad Religion’ di Instagram story.

Lagu tersebut menjadi pendebatan peminat dan bukan peminat dek kerana liriknya dilihat seperti menghina agama Islam.

“Dia berkata, ‘Allahuakbar’
Saya berkata kepadanya, ‘Jangan mengutuk saya’
‘Bo Bo, awak perlukan doa’
Saya rasa ia tidak boleh menyakiti saya,” antara bait lirik lagu Bad Religion.

Malah lirik dalam lagu tersebut juga menyatakan bahawa jika ia menyebabkan dia berlutut maka ia adalah agama yang tidak baik.

“If it brings me to my knees, It’s a bad religion.”

Bad Religion, Song by Frank Ocean

Menurut Kosmo, alasan diberikan anggota BTS itu hanyalah sebuah lagu dan dia tidak berniat untuk menghina agama.

“Kamu semua terus menerus memberitahu bahawa saya menghina agama.

“Bukan, saya tidak menghina agama, malah saya menghormati setiap kepercayaan.

“Itu hanyalah lagu. Saya tidak akan memohon maaf. Saya sudah berusia 30 tahun dan boleh meluahkan perasaan sendiri,” katanya ketika siaran langsung dalam aplikasi Weverse.

RM atau nama sebenarnya Kim Nam-Joon sebelum ini pernah mengaku bahawa dia adalah seorang atheis iaitu satu bentuk kepercayaan yang menafikan kewujudan Tuhan.

Timbul pula kontroversi lirik lagunya sendiri ‘God Rap’ yang menyatakan dia tidak ada agama kerana dia adalah tuhannya sendiri.

Malah dalam tersebut lagu juga ada menyebut nama Allah dan Jesus (Nabi Isa).

The distant precipice and everything, that’s all me
Foolish humanity, you too can become gods
Hold your head straight and try, a saint’s smile
Jesus’ footsteps, Allah’s prayers
Even until Maria’s love, all of it is inside you
This is unconditional redemption and unconditional belief
I am my god, my world, all my symbols

God Rap, Song by BTS RM

Disebabkan itu ramai yang mula menularkan tanda pagar untuk RM meminta maaf kepada semua umat Islam dan peminatnya.

Namun dia hanya mendiamkan diri hinggalah pelbagai nama artis Korea yang lain terpalit dengan kontroversi walhal tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Masih ada peminatnya yang beragama Islam terus mempertahan tindakannya itu namun jangan terlalu obses dengan artis hingga sanggup lupa agama.

Baca juga: Menggigil bapa bila Tuanku Agong keluar kereta panggil adik Ammara, netizen tumpang gembira Ammara kembali ceria